Pages

Tuesday 15 December 2015

Cheese Naan


Cheese Naan
Rata-rata orang kita dah senonim dengan masakan mamak atau india muslim,restoran Syed,Habib,Osman dan macam-macam nama lagilah memang famous di sekitar johor baharu..biasa kalau nak bersembang dengan kawan..atau dah lama tak jumpa kawan-kawan tempat lepak yang paling popular mesti restoran mamak kan..


Tapi bukan semua orang minat makan di restoran mamak..ada sesetengahnya lebih gemar di fastfood atau sekarang ni yang paling famous di johor bahru Kilang Bateri..sesiapa yang tak pernah sampai terutamanya orang jb pergilah ronda-ronda..



Hari ini zila nak kongsikan resepi naan cheese..biasanya beli yang frozen dikedai jew kalau teringin roti naan..tapi kali ini rajin sikit nak buat sendiri..lagipun kalau roti-roti macamni memang kegemaran suami..cuma zila agak malas sikit nak buat dirumah..
bila cuti sekolah buat makanan apa jew mesti habis..laju jew.
Resepi Naan zila ambil dari rakan fb tahrunnisa,nampak sedap betul pic yang dikongsikannya rasa tak sabar nak buat.
Nak letak cheese banyak-banyak pun boleh ikutlah suairasa masing-masing..zila letak tak berapa banyak..sebab takut muak makan cheese banyak-banyak..kalau nak buat naan kosong pun boleh,naan butter atau garlic naan..ikutlah selera masing-masing ye....sedap sangat makan panas-panas..


Resepi Roti Naan Cheese
Tahrunnisa Jali

Bahan-bahan
300 tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
sedikit garam
2 sudu besar yogurt - natural
1 sudu kecil baking powder
80-100 ml susu segar suam
3 sudu besar minyak jagung
cheese mozarella yang diparut

Caranya membuatnya

  • Campurkan yis +1 sudu besar gula dari resepi diatas bakinya nanti masukkan dalam tepung, dan sedikit saja air suam.kacau biarkan selama 5 minit. *jika yis aktif campuran tersebut akan mengembang.
  • Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder dan minyak jagung ..aduk hingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan campuran yis tadi ke dalam adunan tepung,aduk sebati,kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat ditangan.uli sehingga adunan licin 10-15 minit.
  • Biarkan adunan naik sekali ganda - tutup adunan dengan kain lembap dalam 45minit suhu agak suam2 panas (seperti dlm oven suhu 35c atau kawasan yang agak2 panas untuk mempercepatkan proses kenaikan doh)
  • Bahagikan adunan seberat 80gm. Taburkan dengan sedikit tepung..Bulatkan sehingga habis.rehatkan adunan seketika dalam 10 minit tutup dengan kain.
  • Ambil sebiji adunan guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan masukkan cheese mozarella parut ditengah-tengah doh dan tutup semula (mcm buat pau)
  • Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan-lahan  supaya cheese tak terkeluar.
  • Panaskan non stick pan tak perlu letak minyak, Api jgn kuat sederhana sahaja atau perlahan.
  • Letak roti tadi atas non stick pan,tutup sekejap ngan penutup dan balik-balikkan roti tadi,bila ia menggelembung leperkan ia.
  • Siap angkat..boleh dihidang dengan kari pekat, atau keema daging, chicken tandoori dan timun yogurt.


** Jika yogurt takde tak mengapa abaikan...tak isi takpe takdosa...cuma nanti lebihkan cecair susu segar ye..
** susu segar tu jgn curah sampai habis nanti terlembik pula..masukkan sedikit demi sedikit ..adunan ni tak keras dan tak lembik ..ertikata lain tak lekat ditangan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang