Pages

Wednesday, 26 April 2017

Karipap Pusing versi guna minyak

 Assalammualaikum
bersua lagi hari ini.beberapa hari lepas zila sempat buat karipap pusing..lama sangat-sangat sebenarnya zila tak buat karipap pusing ni..last buat pada january 2k14..lama kan..biasa bila teringin zila suka beli di pasar malam kawasan tempat kerja zila dulu..kali ini terpangil sangat nak buat karipap pusing sebab resepi yang dikongsikan kak esah kitchen difacebook yang menggunakan minyak ..biasanya zila buat guna majerin dan shortenng boleh semak di SINI untuk karipap pusing versi yang zila guna majerin dan shortening.

untuk resepi kak esah cuma pakai anggaran dan gambar step by step je tak ada sukatan tetap..biasalah kak esah meniaga karipap pusing memang kalau orang meniaga tak main timbang-timbang dah ..lagipun dah hari-hari buat karipap pusing mesti dah cekap mengolah keadaan doh yang diperlukan.
untuk percubaan pertama zila pun main agak-agak jugaklah..tapi zila gunakan cawan senang nak rujuk balik resepi yang zila pernah cuba tu nanti.jadi elok layer karipap tu..rasa pun ok ..biasalah karipap pusing ni kalau makan banyak memang kita rasa muak sikit kan..tapi keseluruhannya doh ok..goreng pun tak terbukak.
oklah pada sesiapa yang nak cuba karipap pusing versi yang guna minyak zila kongsikan disini sebagai rujukkan diri sendiri.

Karipap Pusing
Bahan doh A 
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak masak - tambahkan sedikit lagi minyak jika doh masih kurang lembut

Cara
Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bulatkan kecil mengikut besar karipap yang diingini dan ketepikan. 

Bahan doh B
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak 
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
 Air secukupnya anggaran hingga doh tidak melekat ditangan - air jangan terlalu kurang biar doh lembut sedikit nanti senang nak diolah.

Cara

  1. Campurkan kesemua bahan B dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. Doh di bahagi kecil dan dibulatkan.
  2. Gelekan satu bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan satu bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh-doh seterusnya.
  3. Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis
  4. Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.



 Doh A sebelah depan dan doh B sebelah belakang. buat doh B biar agak lembut sedikit senang nak olah.


 Doh A dan B  yang telah dibulat-bulatkan kecil.yang ini agak-agaklah nak besar mana ye.doh ni kena selalu ditutup dengan kain sebab doh cepat kering.masukkan doh A kedalam B dan bulat-bulatkan.

Gelek adunan yang telah dibulatkan memanjang.jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat agak-agaklah ketebalannya tu.kemudian gulung sampai hujung.


 Selepas digulung jadilah macamtu kemudian gelek memanjang lagi jangan tebal dan nipis sangat.

 Kemudian gulung lagi seperti gambar diatas.gulung sampai hujung.


 Potong doh  menjadi 4 bahagian atau lebih ..lebihan tepi tu lipat ketengah tujuannya untuk jadikan penyokong jangan terbukak nanti.terbalikkan dan tekan-tekan sedikit permukaan dengan tangan baru gelek dengan roller.bahagian layer yang cantik pastikan disebelah luar.bahagian dalam tu letak yang terlipat tadi.
masukkan inti,sapukan sedikit air pada keliling doh dan tekan sedikit.. kelim guna tangan..yang tak tau nak kelim tangan boleh guna acuan karipap.kemudian goreng.


Last jadilah karipap pusing versi minyak ..itulah hasilnya seperti dalam gambar diatas.sesiapa dah cuba tapi tak jadi jugak janganlah salahkan resepi ..sebab karipap pusing ni memang sangat rumit sikit nak membuatnya..jangan putus asa kadang-kadang ada kesilapan pada kita gelek doh ..cuba dan terus cuba pasti dapat apa yang kita ingin kan tu..insyaallah next zila nak cuba karipap pusing versi guna tepung jagung pulak..nanti kalau jadi zila share disini ye.ok jumpa lagi .

Wednesday, 19 April 2017

Donut inti cheese


Bersua lagi..
beberapa hari ini zila agak sibuk..nak ambik gambar masakan pun tersangkut-sangkut..bukan tak masak..acara masak-masak masih seperti biasa..lagipun emak zila minggu ini seminggu duduk rumah zila jadi memasak tu memang wajip.

seronok bila ada orang datang kerumah..time itulah nak masak semua menu yang kita rasa sedap..kasi diorang cuba dan rasa hasil air tangan kita kan..mak zila teringin nak makan donut katanya..dah dua hari dia sebut kalau ada donut petang-petang kan best..tapi hari ini baru berkesempatan zila buat kan untuk emak..lepas balik dari pasar borong terus bergegas keluarkan tepung roti nasib ada lagi tepung tu dalam setengah kilo..muai dapat berbiji-biji..

zila timbang setiap satu 40 gram..isi dengan slice cheese untuk muhammad..dan separuh lagi zila tabur gula..separuh zila buat donut versi bakar .jadi dapatlah berbagai rasa dalam satu adunan..zila makan sebiji je untuk rasa..ikutkan zila memang bukan penggemar donut.tapi anak zila memang fav donut mungkin tarikan gula tu yang membuatkan diorang suka.jom semak resepi donut yang biasa zila guna.


Donut inti cheese
0leh - zila_ norazila

500 gram tepung roti atau
(400 gram tepung roti 100 gram tepung gandum)
50 gram susu tepung
50 gram gula pasir
11 gram yis kering
4 biji kuning telur
200 ml air biasa
1/2 sdt garam
80 gram majerin

Bahan inti - slice cheese secukupnya
salutan - gula aising secukupnya

caranya
campurkan kesemua bahan kedalam mixer kecuali majerin dan garam mix rata.kemudian masukkan majerin dan garam.mix lagi sampai menjadi doh yang elastik.

keluarkan doh dari mixer dan uli sekejap.rehatkan doh lebih kurang setengah jam atau mengembang dua kali ganda.kemudian tumbuk doh dan uli sekejap..timbang 40 gram setiap satu ..masukkan slice cheese dan bulat2kan..tekan sedikit bahagian atas doh.susun diatas loyang yang ditabur sedikit tepung.

rehatkan 10 minit ..kemudian goreng dan tabur gula aising diatasnya.untuk donut biasa lubangkan tengah dengan jari kemudian goreng.

Friday, 14 April 2017

Kuih Lompang lesung pipit preity zinta


Assalammualaikum
hai semua salam jumaat..dah lama tak muncul dengan menu masakkan kan..asik share masakkan di instagram je hampir terlupa nak update blog..hari jumaat yang mulia ni  rasa terpanggil pulak nak menulis blog.

apa khabar sahabat blogger semua..moga sihat dah sarapan ke belum tu..hari ni zila belum ada plan nak masak apa..jengah peti ais banyak kali tapi ikan daging ..ayam semua stock dah habis rasa malas pulak nak pergi pasar.tengoklah kalau rajin cari lauk kalau malas lauk sadin jer lah ..tulah jalan penyelamat kalau mood malas melanda.

ok hari ini nak share resepi kuih lompang ..tiba-tiba tekak teringin sangat nak makan kuih lompang pandan.mungkin sebab stok daun pandan banyak kt rumah hasil bawak dari kampung aritu..kali ini hapi sangat sebab kuih lompang semuanya senyum molek..lesung pipit pun lekuk dalam macam pretty zinta..kalau kt malaysia macam nurul suhada nurul ain ha haa haa..betul kan.
kali ini zila guna resepi kak fha selemak santan..sebab kak fha guna setengah adunan tu yang zila suka memandangkan kami dirumah hanya bertiga..kalau en suami ada pun memang dia tak makan kuih melayu ni ..kurang suka katanya..tak apalah janji saya suka dah la kan..



Kuih Lompang Pandan
oleh : zila norazila
Bahan A
1/2 cawan gula putih
1 cawan air

Bahan B 
1 1/4 cawan tepung beras (cap 3 gajah)
1/4 cawan tepung ubi atau tepung sago (saya guna tepung ubi)
1 cawan air + 5 helai daun pandan (diblend dan ditapis)
1 sudu teh air kapur

Bahan C (Gaulkan dan kukus sebentar) 
sedikit kelapa parut (putih sahaja)
Sedikit garam


Caranya
1. Masak bahan A hingga gula larut dan tapis.
2. Satukan bahan B dan sebatikan. 
Kemudian tuangkan bahan A (Kak Wan sejukkan dahulu tetapi saya masukkan panas-panas) dan gaul sehingga rata,  kemudian ditapis lagi.
3. Celupkan jari, jika melekat pada jari, bolehlah digunakan. 
4. Panaskan pengukus dan acuan lompang (Pastikan acuan betul betul panas untuk mengelakkan lompang melekat pada acuan. Oleh itu panaskan acuan 10 minit 'kiraan dari masa air mendidih').zila sapu sedikit minyak pada acuan lompang.
5. Tuang adunan ke dalam mangkuk lompang keparas bibir acuan untuk mendapatkan kuih yang cantik.
6. Alaskan tudung pengukus dengan tuala, sebelum menutup tudung untuk mengelakkan air jatuh keatas kuih.
7. Kukus selama 25-30 minit.
8. Setelah masak biarkan sejuk dan keluarkan lompang.  
Untuk mengeluarkan lompang dari acuan, gunakan pencukil gigi dan cungkil secara lembut supya kuih tidak rosak.
9. Hidang dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

*zila dah cuba guna acuan lompang yang merah ..letak penuh hingga ke bibir lekuk cantik halus dan dalam..tapi agak besar hasil kuih tu..zila lebih suka lompang yang kecik2 sikit..zila try isi separuh bila keluarkan hasil pun sama lekuk dalam dan melebar sedikit lekuknya.
kalau pakai acuan ceramic macam zila tu pun senang..kecik2 je..kalau ada pakai tu lagi cantik..

Sunday, 26 March 2017

scout kashmir tour and travels

Scout Kashmir  tour and travels

Scout Kashmir is one one of its kind travel and adventure portal run by three passionate travellers. Based in Srinagar Kashmir, Scout Kashmir is a one stop portal where you can explore every part of beautiful Kashmir Valley. From the lofty snow peaks to the breathtaking valleys, from the local rice fields to the high altitude lakes, our team is highly professional and skilled to ensure safety and satisfaction of our clients. We have distinguished ourselves from the rest of competitors in the market by offering some unknown and off-tourist locations with breathtaking landscapes along with the known places as well. From accommodation and travel to adventure sports, Scout Kashmir takes pleasure in providing the best service to its clients.


We offer a wide range of packages completely based on the choice and budget of our clients. Ranging from budget packages to high end packages, we cater to all types of clients.We welcome to one of the beautiful places on earth and allow us to help you in making your stay the best time of your life.



Kashmir

The beautiful Kashmir valley looks like a paradise on earth. The valley is so beautiful that you will fall in love with it at the first sight itself. Infact, the charm and magnificence of Kashmir are beyond the scope of mere words.










  Scout Kashmir presents Spring in Kashmir

A place famous for lakes and mountains set like a jewelled crown on the map. Kashmir is a many-faceted diamond changing its character with the four seasons, always extravagantly beautiful. It comes alive in spring when nature bedecks the valley with blossom after blossom: almond, cherry, apple, peach, pears, pansies, narcissi, daises and many more. Throughout the valley thousands of fruits and flowers burst into bloom exuding and alluring fragnance


Spring, which extends roughly from March to early May, is when a million blossoms carpet the ground. The weather during this time can be gloriously pleasant at 23oC or chilly and windy at 6oC. 


One can see miles and miles of mustard fields draped in Yellow and orchards full of multi hued blossoms. The Climate of Jammu and Kashmir at this time of the year is ideally suited to thoroughly enjoy the beauty of the place.


The most interesting event in this season is the Tulip Garden blossom – which starts around mid march and ends by 1st or 2nd week in April, depending on the heat intensity. And that is a spectacular that any visitor to Kashmir and Srinagar city would not want to miss.



Following are some photo collection captured at different places by our team during the spring season in Kashmir


 Contact us at

Moblie: +91 8491854228
+91 9697035957
+919596551845
Zero bridge,Rajbagh,behind Kohsheen hotel,Srinagar,Kashmir


Saturday, 11 March 2017

Nasi Ayam Hainan..



Bersua lagi..setelah sekian lama tak menatap blog ..hari ini tiba-tiba teringin nak menulis pulak..ha haaa ala mood nak buat karangan macam tak ada ..tu yang selalu skip kalau nak update blog..apa khabar sahabat blogger zila..moga semuanya ok tau..
Menu nasi ayam bukan hari ini punya..tapi beberapi hari lepas buat.tiba-tiba en suami nak makan nasi ayam.lama katanya tak makan.ikutkan barang dapur dirumah banyak dah habis aritu nasib anak sulung dah dapat lesen dialah sekarang yang takeover drive..orang baru dapat lesen kalau kita suruh pergi kedai bukan main laju jew.


resepi nasi ayam hainan zila dah pernah kongsi disini.resepi nie macam dah sebati dengan kami sebab sedap sangat.zila guna beras basmathi brand jasmin.beras tak berapa panjang sangat tapi beras basmathi ni elok untuk kesihatan.dah berusia nie kenalah jaga apa yang yang kita makan..takut penyakit kalau nak datang memang sekejap je kan.
oklah sampai disini dulu untuk hari ini..insyaallah jumpa lagi nanti .

Bahan A (Sup)
Ayam 1 ekor (dipotong kepada 4 bahagian, di asingkan lemak-lemak ayam)
1/2 periuk air ('rice cooker standard size') yang akan menenggelamkan keseluruhan ayam semasa merebus
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 kiub pati ayam 'KNOR'
sedikit garam
Bahan B
daun sup
daun bawang
bawang goreng

Cara-Cara Memasak Sup
1. Didihkan air dalam periuk sehingga ia 'mendidih membuak-buak'.
2. Kecilkan api sekecil-kecil yang boleh dan masukkan betulan-ketulan ayam dan tutup tudung periuk. Biarkan ayam masak secara perlahan sehingga air mendidih kembali  (anggaran masa 1.30 jam bergantung kepada saiz ayam dan kuantiti air)
3. Keluarkan ayam dari periuk dan masukkan kedalam bekas yang berisi 'ketulan ais + air sejuk'. Ini adalah untuk memastikan yang proses memasak isi ayam terhenti yang akan menjadikan isi ayam terasa begitu 'moist' sekali.
4 Dalam periuk berisi rebusan ayam,  masukkan hirisan halia, bawang putih, garam dan kiub KNOR.
5. Siap. Sebelum hidang taburkan dengan bahan B


Bahan C (Perapan ayam)
Kicap masin 'Kipas Udang'
2 sudu besar Sos Tiram
Cara-Cara Memasak Ayam
1. Keluarkan ayam dari air rendaman ais dan lumur dengan bahan C. 
2. Perapkan selama 10 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam secara 'Touch and Go' ia-itu anggaran 10-15 saat sahaja sekadar memastikan sos tiram dan kicap melekat pada ayam. Tidak perlu terlalu lama kerana isi ayam telah pon masak dan untuk memastikan ia kekal 'moist'.
4. Renjis dengan Minyak bijan semasa menghidangkan nya 

Bahan D-1(Nasi)
* Minyak dari Lemak ayam
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun pandan (dikerat 4)
1/2 sudu teh kunyit serbuk
Bahan D-2
6 pot beras (anggaran 800 gram)
10 pot air
1/2 kiub pati ayam 'KNOR'
sedikit garam
Cara Memasak Nasi
1. Dalam kuali, masukkan lemak-lemak ayam dan goreng sehingga ia cair (tidak perlu ditambah sebarang minyak semasa menggoreng).
2. Dalam 'rice cooker', masukkan minyak ayam dan tumis bahan  D-1 sehingga bawang putih 'betul-betul garing'.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh dan di toskan air nya. Goreng seketika anggaram masa 5 minit. Ini adalah untuk memastikan beras tidak hancur semasa proses memasak.
4. Masukkan air, kiub ayam dan garam. Rata kan dan biarkan nasi masak saperti biasa.


Bahan E (Sambal Cili)
10 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 sudu besar gula putih
jus air limau kasturi dari 3 biji
sedikit garam
Cara Menyediakan Sambal Cili
1. Kisar kesemua bahan E kecuali jus air limau kasturi dan garam.
2. Apabila siap masukkan baru dimasukkan jus air limau kasturi dan garam dan ratakan.

Bahan F (Kicap)
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
Kicap manis 'Kipas Udang'
lebihan dari bahan perapan ayam (C)
sedikit minyak dari gorengan ayam
Cara Menyediakan Kicap
1. Satukan bahan F dalam periuk dan masak seketika sekadar ia mendidih

Bahan G
Timun
Tomato biji
Daun Salat

Thursday, 12 January 2017

Musim winter di kashmir









Assalmmualaikum
bersua lagi hari ini setelah sekian lama tak berblog rasa sedikit kekok nak bercerita .errmmm kerana masa amat jelous itulah sebabnya kurang berkunjung disini.lepas masak dan ambil gambar terus pos di instagram itu yang termampu insyaallah semangat tahun 2017 nak lebih merajinkan diri berblog semula.next time kalau dan lanjut usia boleh jadi rujukan anak cucu dan baca semula apa yang kita catatkan disini kan.









ok cerita mengenai kashmir pulak.sekarang disana tengah musim winter.begitu juga keadaan dirumah ibu mertuaku tengah musim sejuk sehingga -1c emak mertua pun kurang sihat sebenarnya dah hampir 3 tahun kondisi kesihatannya tak setabil..
pada sesiapa yang suka keadaan sejuk dan gemar melancong bolehlah datang ke kashmir.terokai dan rasailah sendiri bumi ciptaan Allah yang tiada tolok bandigannya memang indah.mesti masih ada yang risau tentang keadaan disana.tentang pergolakkan dan pastinya ramai tentera india ditempatkan disitu kan.jangan risau semua tempat pelancongan selamat.keadaan kashmir kini pulih seperti biasa.kalau boleh siapalah nak bergaduh kan,lebih-lebih lagi pelancongan merupakan sumber utama ekonomi mereka.


Ramai yang tanya kashmir tu di india ke? kalau ikutkan dulu-dulu saya hanya terfikir kashmir tu di pakistan sebab tak terfikir langsung kashmir india punya.sebab dari segi kulit dan perwatakkan memang kita tengok memang sama sangat ....rupanya memang pecahan dari orang pakistan macam kelantan sempadan thailand jugaklah kiranya.ada juga yang tanya zila wanita di kashmir tu cun tak?..ha haa haa..itu kena pergi sendiri dan tengok ea..sebab masing-masing punya difinasi cantik tu berbeza..kang kalau kita cakap cantik ada pulak yang cakap macam biasa jew... hi hiii


Apa yang menarik pada musim winter? 
kalau bagi kita orang malaysia yang bercuaca panas dan lembab sepanjang tahun memanglah amat menarik jika dapat melalaui musim winter..senang cerita kalau yang tak ada dinegara kita kan seronok.dari gambar- gambar disini bayangkanlah betapa indahnya tempat ini.kalau tengok real lagilah terpegun. rasanya tak perlulah berhabis duit ke switzerland datanglah ke kashmir dah cukup..memandangkan RM malaysia pun masih tak kukuh bolehlah cari tempat pelancongan yang berpatutan ye dok..











Apabila pokok pine yang banyak tumbuh melata diselubungi salji dan apabila bumbung-bumbung rumah kita tengok putih je..sejujurnya kalau bagi zila memang seroius jakun ..ermmm memang cantik ..bagi pencinta photography memang kena ambil gambar banyak-banyak baru puas hati ..

kashmir mempunyai 4 kawasan pelancongan utama iaitu srinagar,gulmarg,pahalgam dan sonamarg dan tak lupa ladakh.kalau yang suka tengok cerita hindustan 3 idiots ak dekat ending cerita tu ada kawasan yang amir khan tengah lepak buat kajian tempat tu lah ladakh.tapi tempat tu agak jauh ambil masa dalam 4 atau 5 jam 400km dari srinagar.

Kalau nak merasa gondola cabel car yang tertinggi  diasia dan terpanjang didunia pergilah ke gulmarg ..hebatkan kashmir..
oklah sampai disini dahulu untuk hari ini.insyaallah jumpa lagi next ye.
sesiapa yang berminat untuk kesana hubungilah beliau untuk booking.atau boleh juga email atau dm zila di instagtram untuk keterangan lanjut

Team Scout Kashmir 

Sajad Rafeeq 
Manager Operations 

Malik Mehrooz 
Co-founder  

Abdul Qayoom 
Co-founder









Friday, 30 September 2016

Roti kosong cicah kari sadin..ermmm yummy


Bersua lagi
disebabkan lepas isyak tadi tidur dengan lenanya so terjagalah tengah malam tadi..lepastu dah tak boleh tido sampai sekarang.ada sedikit masa sebelum solat subuh bukaklah lappy dan update sedikit disini.nak dibiarkan blog ni sunyi rasa tak sampai hati pulak..ecehhh ha haaa

semalam zila sempat membuat roti..kalau ikutkan buat roti bukanlah susah sangatkan..bahan pun sedikit jew tak payah nak fikir banyak..semua masuk dalam mixer dan tunggu doh naik 2 kali lipat..tapi tulah kadang-kadang mood nak buat roti ni memang selalu kelaut..mungkin nampak banyak orang jual roti kat kedai kot tu yang kurang sikit semangat nak buat..kena duduk oversea baru rajin meroti nampaknya..

Resepi roti zila masih setia dengan resepi handalan killer soft bread.mungkin kerana resepi ini tak payah nak kena tunggu lama-lama tu yang terjatuh cinta sangat.lagipun hasilnya amat memuaskan bagi zilalah..

zila guna loyang ciffon 20 inci.bulat-bulatkan doh tu seberat 50 gram setiap satu.kalau nak isi inti pun boleh.kalau nak kosong macam tu pun ok jugak..zila kurangkan sedikit kuantiti gula tu sebab nak cicah dengan kari sadin.loyang kena sapu dengan majerin supaya tak melekat,bila doh dah naik dua kali ganda sapukan dengan susu cair.kemudian taburkan bijan hitam dan putih.bakar sehingga masak sempurna.dah masak keluarkan dari oven dan terus sapu butter atau majerin.makan panas-panas..memang sedap..

dibawah tu zila copy resepi asal yang zila pernah buat di post yang lepas.


RESEPI: KILLER SOFT BREAD

260 gram gandum protein tinggi (tepung roti)
3 gram ragi instant
180 gram cecair ( 1 telur + susu cair )
30 gram gula pasir
30 gram butter
2 gram garam

Caranya

1. Bancuh telur bersama susu (bahan cecair).
2. Tambahkan kedalam bahan kering (tepung, gula pasir, ragi). Gaul bersama sehingga sebati memjadi adunan yang sedikit melekit.
3. Tambahkan garam dan butter sedikit demi sedikit, teruskan menguli sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.
4. Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian. Canai dan boleh ditambahkan inti mengikut selera 
5. Untuk dapatkan permukaan roti cantik berkilat boleh dioles dengan sapuan telur.
6. Biarkan doh mengembang sehingga dua kali ganda memenuhi loyang.
7. Bakar dalam oven pada suhu 175°C selama 10-15 minit, bergantung kepada oven anda masing-masing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...